Assalamualaikum...kepada semua anak-anak bangsa...
di sini terdapat perkongsian minda yg mungkin boleh kita jadikan pedoman...
selalunya kita hanya menurut sahaja apa jua yang berlaku di sekeliling kita tanpa kita sedari bahawa kita adalah pewaris pucuk pimpinan akan datang. Namun,kita harus sedari bahawa kita mestilah memulakan perubahan terhadap diri kita...kita merupakan makhluk yang telah dikurniakan dengan pelbagai nikmat yang amat bernilai ketika kita berada dalam dunia yang sementara ini. Oleh itu,antara perubahan yang perlu kita lakukan ialah tetapkan pendirian kita sebagai makhluk Allah yang amat dituntut dalam mencari ilmu pengetahuan. Pendirian yang harus kita pegang ialah kita merupakan Khalifatullah iaitu khalifah Allah di atas muka bumi ini khususnya bagi seorang yang bergelar lelaki. Semakin hari dunia semakin sampai mendekati penghujung usia nya...begitulah jua dengan usia kita sendiri....dunia hari ini amat menuntut kita khususnya golongan remaja dan belia untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang boleh membentuk jati diri agar bakat untuk menjadi pemimpin akan terserlah. Untuk menyerlahkan bakat yang terpendam bukanlah senang kerana ia amat memerlukan kesabaran dan komitmen yang tinggi dalam menjayakannya.
Bagi anak-anak bangsa yang telah dilatih sebagai pelapis pemimpin,jangan pendamkan bakat anda. Serlahkan idea bernas anda tanpa rasa ragu kerana idea anda semua amat berguna untuk panduan masa akan datang.Hari ini,peratusan kelayakan untuk remaja atau belia memimpin negara pada masa akan datang masih lagi rendah kerana terlalu banyak masalah dalam kalangan remaja dan belia...Justeru,bagi anak-anak bangsa haruslah bijak menilai untuk kebaikan diri,masyarakat,AGAMA dan negara.
Pernahkah kalian terfikir akan masa hadapan yang kita sendiri tidak tahu bagaimanakah situasinya? keadaan masyarakat hari ini pun sudah kucar-kacir dan huru-hara dek masalah KRONIK yang berlaku dalam remaja di Malaysia. Sebagai sebuah negara Islam,Malaysia sepatutnya memiliki remaja yang berkualiti dari segi semua aspek yang terdiri daripada akhlak,sosial dan Kepimpinan. Tetapi situasi yang kita semua dapat lihat hari ini amat jauh berbeza kerana hanya indah khabar dari rupa.
Salah satu masalah remaja yang menjadi topik hangat kini ialah isu BUANG BAYI. Mengapakah isu buang bayi berlaku dengan berleluasa? tidak sedarkah remaja sekalian akan kurniaan Allah yang cukup berharga itu? Silap kalian ialah anda melakukan usaha tersebut dengan cara yang tidak dibenarkan syari'at. Bagaimana kalian untuk jadi PEMIMPIN sedangkan anda GAGAL untuk memimpin diri sendiri...
Setiap tindakan orang semuanya tidak betul pada pandangan mata anda sedangkan tindakan yang anda lakukan turut mendapat KUTUKAN yang cukup hebat oleh orang di sekeliling...
Wahai anak-anak bangsa,kita sepatutnya bergabung tenaga dan bersatu hati dalam berusaha untuk membentuk sebuah masyarakat yang cukup teguh dalam pelbagai aspek khususnya aspek AGAMA.
komen ler
ReplyDelete