Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Allah telah mengurniakan akan akal kepada manusia bagi membolehkan mereka menguruskan kehidupan dengan tersusun dan teratur berlandaskan dengan sesuatu yang betul lagi benar iaitu Al-Qur'an dan As-Sunnah. Akal manusia yang digunakan secara fektif ialah akal yang sentiasa berfikir tentang sesuatu yang positif. Sebagai contoh,seorang anak telah dimarahi oleh ayahnya lalu membentak dengan melawan apa yang telah diperkatakan kepadanya. Tindakan tersebut amatlah tidak wajar kerana ayah merupakan orang ketiga selepas ibu,ayah lebih tahu apa yang baik untuk anak-anaknya.Sekiranya seorang ayah memarahi anaknya itu bererti si anak telah melakukan sesuatu yang salah pada pandangan mata seorang ayah. Oleh itu,si anak haruslah bijak berfikir akan mengapakah ayahnya itu marah kepadanya. Sewajarnya si anak harus akur akan segala arahan ayah selagi ia tidak bercanggah dengan tuntutan agama.
Dengan berfikiran positif,maka hubungan seorang anak dengan seorang ayahnya akan terpelihara selamanya.
Begitu juga dengan kehidupan hari ini khususnya bagi yang tergolong dalam golongan remaja dan belia.
Segala teguran dan tunjuk orang tua-tua haruslah dinilai dari sudut positif kerana terlalu banyak makna yang tersirat di sebalik segala teguran tersebut walau pun mereka tiada apa-apa talian kekeluargaan. Tapi sedarlah kita akan hubungan sesama Islam tidak mengira darjat,pangkat mahu pun warna kulit apatah lagi dalam bangsa seagama sendiri. Justeru,penilaian yang positif terhadap sekeliling amatlah dituntut kerana keberkatan hidup bermasyarakat dapat dijaga hingga akhir hayat.
1 cerita yang ingin dikongsi bersama........
-2 orang sahabat yang bernama Ali dan Abu telah bersama dalam menjalankan kehidupan seharian semenjak kecil lagi...masing2 mempunyai minat dan kemahiran yang boleh dikatakan 90 peratus adalah sama...apabila menjangkau usia dewasa,mereka ingin mencari pasangan hidup yang memiliki ciri2 calon isteri yang solehah dan calon2 yang terpilih merupakan orang yang sedikit sahaja perbedaannya....
bilangan calon isteri yang telah disenaraikan oleh mereka merupakan usaha mereka bersama....akan tetapi pada suatu hari,Abu pergi masuk meminang salah seorang calon yang disenaraikan dan dia sememangnya telah lama jatuh hati kepadaa perempuan tersebut. Peminangan tersebut juga tidak diketahui oleh Ali.. Setelah Ali mendapat tahu akan khabar tersebut,dia berasakan Abu telah mengkhianati dirinya kerana tidak memaklumkan kepadanya. Dengan serta merta Ali pergi ke rumah Abu dan langsung memaki hamun sahabatnya itu. Abu beras hairan akan sikap kawan baiknya yang dikenali sejak kecil itu kerana tidak pernah sekali pun Ali meninggikan suara terhadapnya sejak mereka berkawan.
Sebagai renungan,secara logiknya mengapakah Ali berbuat begitu terhadap kawan nya/...dan di sini apakah pandangan anda terhadap tindakan kedua-dua sahabat tersebut....
Secara umumnya,walau pun mereka sahabat sejak dari dalam perut ibu sekali pun,gaya pemikiran mereka tetap terdapat perbezaan yang amat ketara.
Cuba pembaca sekalian huraikan pendapat masing2 terhadap cerita yang mempunyai sambungan ini.....
No comments:
Post a Comment