Saturday, November 6, 2010

something that i can share with everyone...

salam sejahtera buat kalian.......
post kali nie saya terdetik di hati nak berkongsi tentang sesuatu yang saya rasa boleh kongsikan dengan anda....saya nak ceritakan satu kisah untuk dijadikan teladan semua.....

ada seorang hamba Allah ni.....dia mempunyai masalah peribadi dan menceritakan kepada saya tentang kisahnya yang panjang lebar itu.....pada mula nya saya agak teragak2 untuk mempercayai apa yang bakal diperkatakan oleh nya.....
saya hanya beranggapan mungkin dia tertekan dgn hidupnya....tp sy just wat diam jer.....and then....die pon teruskan lg kisahnya about her marriage problems....i;m very shock bcoz i never seen sapa2 yg sanggup cerita psal hal peribadi yg sememangnya sgt2 private kpd org lain.....adakah die ni btol atau tidak sehinggakan terjadi sebegitu skali???

mmg menjadi tanda tanya....

Wednesday, September 1, 2010

Gaya Pemikiran Yang Sebenar

Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Allah telah mengurniakan akan akal kepada manusia bagi membolehkan mereka menguruskan kehidupan dengan tersusun dan teratur berlandaskan dengan sesuatu yang betul lagi benar iaitu Al-Qur'an dan As-Sunnah. Akal manusia yang digunakan secara fektif ialah akal yang sentiasa berfikir tentang sesuatu yang positif. Sebagai contoh,seorang anak telah dimarahi oleh ayahnya lalu membentak dengan melawan apa yang telah diperkatakan kepadanya. Tindakan tersebut amatlah tidak wajar kerana ayah merupakan orang ketiga selepas ibu,ayah lebih tahu apa yang baik untuk anak-anaknya.Sekiranya seorang ayah memarahi anaknya itu bererti si anak telah melakukan sesuatu yang salah pada pandangan mata seorang ayah. Oleh itu,si anak haruslah bijak berfikir akan mengapakah ayahnya itu marah kepadanya. Sewajarnya si anak harus akur akan segala arahan ayah selagi ia tidak bercanggah dengan tuntutan agama.

Dengan berfikiran positif,maka hubungan seorang anak dengan seorang ayahnya akan terpelihara selamanya.
Begitu juga dengan kehidupan hari ini khususnya bagi yang tergolong dalam golongan remaja dan belia.

Segala teguran dan tunjuk orang tua-tua haruslah dinilai dari sudut positif kerana terlalu banyak makna yang tersirat di sebalik segala teguran tersebut walau pun mereka tiada apa-apa talian kekeluargaan. Tapi sedarlah kita akan hubungan sesama Islam tidak mengira darjat,pangkat mahu pun warna kulit apatah lagi dalam bangsa seagama sendiri. Justeru,penilaian yang positif terhadap sekeliling amatlah dituntut kerana keberkatan hidup bermasyarakat dapat dijaga hingga akhir hayat.

1 cerita yang ingin dikongsi bersama........
 -2 orang sahabat yang bernama Ali dan Abu telah bersama dalam menjalankan kehidupan seharian semenjak kecil lagi...masing2 mempunyai minat dan kemahiran yang boleh dikatakan 90 peratus adalah sama...apabila menjangkau usia dewasa,mereka ingin mencari pasangan hidup yang memiliki ciri2 calon isteri yang solehah dan calon2 yang terpilih merupakan orang yang sedikit sahaja perbedaannya....

bilangan calon isteri yang telah disenaraikan oleh mereka merupakan usaha mereka bersama....akan tetapi pada suatu hari,Abu pergi masuk meminang salah seorang calon yang disenaraikan dan dia sememangnya telah lama jatuh hati kepadaa perempuan tersebut. Peminangan tersebut juga tidak diketahui oleh Ali.. Setelah Ali mendapat tahu akan khabar tersebut,dia berasakan Abu telah mengkhianati dirinya kerana tidak memaklumkan kepadanya. Dengan serta merta Ali pergi ke rumah Abu dan langsung memaki hamun sahabatnya itu. Abu beras hairan akan sikap kawan baiknya yang dikenali sejak kecil itu kerana tidak pernah sekali pun Ali meninggikan suara terhadapnya sejak mereka berkawan.

Sebagai renungan,secara logiknya mengapakah Ali berbuat begitu terhadap kawan nya/...dan di sini apakah pandangan anda terhadap tindakan kedua-dua sahabat tersebut....
Secara umumnya,walau pun mereka sahabat sejak dari dalam perut ibu sekali pun,gaya pemikiran mereka tetap terdapat perbezaan yang amat ketara.

Cuba pembaca sekalian huraikan pendapat masing2 terhadap cerita yang mempunyai sambungan ini.....

Monday, August 30, 2010

Pewaris Pimpinan

Assalamualaikum...kepada semua anak-anak bangsa...
di sini terdapat perkongsian minda yg mungkin boleh kita jadikan pedoman...
selalunya kita hanya menurut sahaja apa jua yang berlaku di sekeliling kita tanpa kita sedari bahawa kita adalah pewaris pucuk pimpinan akan datang. Namun,kita harus sedari bahawa kita mestilah memulakan perubahan terhadap diri kita...kita merupakan makhluk yang telah dikurniakan dengan pelbagai nikmat yang amat bernilai ketika kita berada dalam dunia yang sementara ini. Oleh itu,antara perubahan yang perlu kita lakukan ialah tetapkan pendirian kita sebagai makhluk Allah yang amat dituntut dalam mencari ilmu pengetahuan. Pendirian yang harus kita pegang ialah kita merupakan Khalifatullah iaitu khalifah Allah di atas muka bumi ini khususnya bagi seorang yang bergelar lelaki.  Semakin hari dunia semakin sampai mendekati penghujung usia nya...begitulah jua dengan usia kita sendiri....dunia hari ini amat menuntut kita khususnya golongan remaja dan belia untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang boleh membentuk jati diri agar bakat untuk menjadi pemimpin akan terserlah. Untuk menyerlahkan bakat yang terpendam bukanlah senang kerana ia amat memerlukan kesabaran dan komitmen yang tinggi dalam menjayakannya.


Bagi anak-anak bangsa yang telah dilatih sebagai pelapis pemimpin,jangan pendamkan bakat anda. Serlahkan idea bernas anda tanpa rasa ragu kerana idea anda semua amat berguna untuk panduan masa akan datang.Hari ini,peratusan kelayakan untuk remaja atau belia memimpin negara pada masa akan datang masih lagi rendah kerana terlalu banyak masalah dalam kalangan remaja dan belia...Justeru,bagi anak-anak bangsa haruslah bijak menilai untuk kebaikan diri,masyarakat,AGAMA dan negara.

Pernahkah kalian terfikir akan masa hadapan yang kita sendiri tidak tahu bagaimanakah situasinya? keadaan masyarakat hari ini pun sudah kucar-kacir dan huru-hara dek masalah KRONIK yang berlaku dalam remaja di Malaysia. Sebagai sebuah negara Islam,Malaysia sepatutnya memiliki remaja yang berkualiti dari segi semua aspek yang terdiri daripada akhlak,sosial dan Kepimpinan. Tetapi situasi yang kita semua dapat lihat hari ini amat jauh berbeza kerana hanya indah khabar dari rupa.

Salah satu masalah remaja yang menjadi topik hangat kini ialah isu BUANG BAYI. Mengapakah isu buang bayi berlaku dengan berleluasa? tidak sedarkah remaja sekalian akan kurniaan Allah yang cukup berharga itu? Silap kalian ialah anda melakukan usaha tersebut dengan cara yang tidak dibenarkan syari'at. Bagaimana kalian untuk jadi PEMIMPIN sedangkan anda GAGAL untuk memimpin diri sendiri...
Setiap tindakan orang semuanya tidak betul pada pandangan mata anda sedangkan tindakan yang anda lakukan turut mendapat KUTUKAN yang cukup hebat oleh orang di sekeliling...

Wahai anak-anak bangsa,kita sepatutnya bergabung tenaga dan bersatu hati dalam berusaha untuk membentuk sebuah masyarakat yang cukup teguh dalam pelbagai aspek khususnya aspek AGAMA.